Monday, 21 January 2013

fb fb dan fb lagi --

assalamulaikum :)

baiklah hari ni saya ingin berbicara tentang facebook. 



seperti yg kita tahu, fesbuk merupakan suatu lingkaran sosial yg dapat menghubungkan kita dengan kawan-kawan rapat..... errr, okay, aku dah penat cakap bahasa skema weehhh. serius. haha.

sebenarnya aku terfikir sejak habis spm ni kan boleh dikatakan tiaaaap haaaaariiii aku bukak buku yg ada muka tu. yeah, pengakuan yg sangat jujur. sangat. semua orang macam tu kan. sila mengaku sekarang. kalau tak mengaku sila deactivate facebook korang. booooo :P

hari-hari mesti mcm ni :

Bosan. baring atas katil. bukak laptop. on. dekstop loading. click pada browser kegemaran. sebelum tu connect pada mana-mana internet service provider type MUKA BUKU. log in. masuk homepage. scroll down. okay, ni bukan tutorial guna akaun mukabuku. bosan laggi. takde yg best. adala beberapa status yg wajar diberi like. maka, liked. usha-usha.

then kalau perempuan upload gambar,

makan kfc bersama si dia<3
gambar uploaded. tunggu dua tiga minit.
naik notis. hundreds of people yg ada SI DIA pun like.
gembira. gambar aku hot ohhhh.
orang mula comment : *cik x punya gambaq

Katijah Rejab  : Wow! Cweet nya kitorang.
Cik X              : Mana ada Kak Tie, biasa-biasa aje. Doa-doakan huhu

Lina Lolipop   : Pewwit. Cik X cantik. Mata macam artis korea. Retis habis.
Cik X              : Mana ada. Alhamdulillah. (ewah) titew tak santek pun. Lina lagi santek.
Lina Lolipo     : Tawadhuk la Cik X ni. Bagus. Hehe
Cik X              : Hew hew

Rafi Gemas     : Untung la ada orang belanja…
Cik X              : Jeles lettew, hew hew

Ros Berduri     : Bahagia. Titew sukew gambor ni. Hue hue.
Cik X              : Thanks. Biasa-biasa je. Hew hew

Kay Serdang   : New boyfie? Lama dah?
Cik X              : Ah’a. hencem tak? Hew hew
Kay Serdang   : Semoga tahan lama. Eh.
Cik X              : Ameen.

Bulan Penuh    : Wah. Jangan lupa ajak makan nasi minyak tau !
Cik X              : Okeh.
Bulan Penuh    : Btw, baju Cik X cun, ada kelas gittew
Cik X              : Yeke? Thanks. Malu titew


dan berlarutan......

yg lelaki pulak semalam masuk gym jumpa kawan lama. kawan puji muscle dah naik. *Eeee. sumpah geli.

upload. tunggu dua tiga saat. again, hundreds of likes. dari sarang lebah, lizza petronas, mamat kapak. sayap kiri dan beraneka nama lagi.

comment bermula : * bro y punya gambaq

Imam Tua        : Peh mantap bro
Bro Y              : Eh biasa je. Imam pun apa kurangnya

Erma Hudson  : Wow, so hot
Bro Y              : Hot ke? Penat buat ni. Hehe

Reena Berduri : Biar betik. Plastic ke ori ni Bro?
Bro Y              : Hehe mesti la ori. Besar jihad ni. Hue hue

Roy Rosak      : Style syle
Bro Y              : Hehe

Man Laksa      : Cekang wow
Bro Y              : Dok aih, hang cekang lagi. Huhu

Abe Mat          : Kemah set kito!
Bro Y              : Tak leh lawe Abe Mat. Huhu.

Gagak Hitam   : Maskulin nya
Bro Y              : Mana ada. Ni biasa je. Huhu

Mael Baling     : Tudiaaa
Bro Y              : Awat Hang ni?

dan berlarutan...

demi masa. Sesungguhnya setiap insan berada dalam kerugian. kecuali yg beriman dan yg mengerjakan kebajikan serta saling berpesan-pesan utk kebenaran dan berpesan-pesan utk kesabaran.
( 103 : 1 - 3 )

see ? terasa kan. tu yg hari-hari kita dok buat. Allah dah kata ada je jalan utk tanak jadi org yg rugi. beriman kepada Allah dan rasul and buat baik. susah? yes, memang susah. kalau senang Allah tak buat la ganjaran syurga dan neraka. hey, the choice is in your hand. takde sapa paksa korang untuk buat jahat kan?
live well or live hell, YOU gonna choose! :)
jom, jadi insan yg Allah sayang ! 




jaga hubungan dengan Allah dan jaga hubungan dengan manusia. :')
.
.
.
.
.
atau korang nak terus jadi rugi??
pilihlah.

tak cukup amal kalau setakat sendiri-sendiri je weeyy, iman korang tinggi-tinggi sorang-sorang melainkan kalau korang berpesan-pesan dan menasihati dengan kebenaran dan kesabaran

nota : jgn salahkan facebook apatah lagi mama yg bayaq bil internet.
salahkan diri. sila rasa bersalah skang.

credit to : inspector sahab :) *tak kenal? pi goooogle laaa.

salam alaik  :)
MayAllahBless~


No comments:

Post a Comment