Friday, 1 February 2013

missing YOU?

Assalamualaikum.

haaiiiiiii blogggg. lama tak jumpa. so here it is FEBRUARY comes!

dear times,
why do you fly?

apasal awak laju sangat masa. tunggu saya bolehhhh?? mestilah tak boleh kannn. hmmmm.

kay. kay. so kalau aku buat post mesti ada sebab kan. jadi hari ni aku tulis sebabnya. aku teringin nak jumpa someone ni. someone? sapa yeeee? jeng jeng.





adalaa. mana boleh habaq. hehehe. cumanya dia ni tua setahun dari aku. and the thing is aku tak tahu pun dia ingat aku lagi ke taaaak. i know, dia dah ada life baru, kat tempat baru dan mungkin kawan baru. so aku ni sapa jeee lahh kann. serius aku takut la jugak dia dah lupa kat aku.


so, hope to see YOU soon, inshaAllah, ameen.
I always pray for you. May Allah Bless all of us. :)

salam alaik :)

Monday, 21 January 2013

fb fb dan fb lagi --

assalamulaikum :)

baiklah hari ni saya ingin berbicara tentang facebook. 



seperti yg kita tahu, fesbuk merupakan suatu lingkaran sosial yg dapat menghubungkan kita dengan kawan-kawan rapat..... errr, okay, aku dah penat cakap bahasa skema weehhh. serius. haha.

sebenarnya aku terfikir sejak habis spm ni kan boleh dikatakan tiaaaap haaaaariiii aku bukak buku yg ada muka tu. yeah, pengakuan yg sangat jujur. sangat. semua orang macam tu kan. sila mengaku sekarang. kalau tak mengaku sila deactivate facebook korang. booooo :P

hari-hari mesti mcm ni :

Bosan. baring atas katil. bukak laptop. on. dekstop loading. click pada browser kegemaran. sebelum tu connect pada mana-mana internet service provider type MUKA BUKU. log in. masuk homepage. scroll down. okay, ni bukan tutorial guna akaun mukabuku. bosan laggi. takde yg best. adala beberapa status yg wajar diberi like. maka, liked. usha-usha.

then kalau perempuan upload gambar,

makan kfc bersama si dia<3
gambar uploaded. tunggu dua tiga minit.
naik notis. hundreds of people yg ada SI DIA pun like.
gembira. gambar aku hot ohhhh.
orang mula comment : *cik x punya gambaq

Katijah Rejab  : Wow! Cweet nya kitorang.
Cik X              : Mana ada Kak Tie, biasa-biasa aje. Doa-doakan huhu

Lina Lolipop   : Pewwit. Cik X cantik. Mata macam artis korea. Retis habis.
Cik X              : Mana ada. Alhamdulillah. (ewah) titew tak santek pun. Lina lagi santek.
Lina Lolipo     : Tawadhuk la Cik X ni. Bagus. Hehe
Cik X              : Hew hew

Rafi Gemas     : Untung la ada orang belanja…
Cik X              : Jeles lettew, hew hew

Ros Berduri     : Bahagia. Titew sukew gambor ni. Hue hue.
Cik X              : Thanks. Biasa-biasa je. Hew hew

Kay Serdang   : New boyfie? Lama dah?
Cik X              : Ah’a. hencem tak? Hew hew
Kay Serdang   : Semoga tahan lama. Eh.
Cik X              : Ameen.

Bulan Penuh    : Wah. Jangan lupa ajak makan nasi minyak tau !
Cik X              : Okeh.
Bulan Penuh    : Btw, baju Cik X cun, ada kelas gittew
Cik X              : Yeke? Thanks. Malu titew


dan berlarutan......

yg lelaki pulak semalam masuk gym jumpa kawan lama. kawan puji muscle dah naik. *Eeee. sumpah geli.

upload. tunggu dua tiga saat. again, hundreds of likes. dari sarang lebah, lizza petronas, mamat kapak. sayap kiri dan beraneka nama lagi.

comment bermula : * bro y punya gambaq

Imam Tua        : Peh mantap bro
Bro Y              : Eh biasa je. Imam pun apa kurangnya

Erma Hudson  : Wow, so hot
Bro Y              : Hot ke? Penat buat ni. Hehe

Reena Berduri : Biar betik. Plastic ke ori ni Bro?
Bro Y              : Hehe mesti la ori. Besar jihad ni. Hue hue

Roy Rosak      : Style syle
Bro Y              : Hehe

Man Laksa      : Cekang wow
Bro Y              : Dok aih, hang cekang lagi. Huhu

Abe Mat          : Kemah set kito!
Bro Y              : Tak leh lawe Abe Mat. Huhu.

Gagak Hitam   : Maskulin nya
Bro Y              : Mana ada. Ni biasa je. Huhu

Mael Baling     : Tudiaaa
Bro Y              : Awat Hang ni?

dan berlarutan...

demi masa. Sesungguhnya setiap insan berada dalam kerugian. kecuali yg beriman dan yg mengerjakan kebajikan serta saling berpesan-pesan utk kebenaran dan berpesan-pesan utk kesabaran.
( 103 : 1 - 3 )

see ? terasa kan. tu yg hari-hari kita dok buat. Allah dah kata ada je jalan utk tanak jadi org yg rugi. beriman kepada Allah dan rasul and buat baik. susah? yes, memang susah. kalau senang Allah tak buat la ganjaran syurga dan neraka. hey, the choice is in your hand. takde sapa paksa korang untuk buat jahat kan?
live well or live hell, YOU gonna choose! :)
jom, jadi insan yg Allah sayang ! 




jaga hubungan dengan Allah dan jaga hubungan dengan manusia. :')
.
.
.
.
.
atau korang nak terus jadi rugi??
pilihlah.

tak cukup amal kalau setakat sendiri-sendiri je weeyy, iman korang tinggi-tinggi sorang-sorang melainkan kalau korang berpesan-pesan dan menasihati dengan kebenaran dan kesabaran

nota : jgn salahkan facebook apatah lagi mama yg bayaq bil internet.
salahkan diri. sila rasa bersalah skang.

credit to : inspector sahab :) *tak kenal? pi goooogle laaa.

salam alaik  :)
MayAllahBless~


Saturday, 19 January 2013

school :)

Assalamualaikum :)

school ?



 sekolah. yes, I know that semua orang tau sekolah tempat

menimba ilmu.

mencari pengalaman.

mencari sahabat.

mencari balaks. eh?

okay taaak. abaikan.

the thing is sebenarnya akurindunakpergisekolahsangatsangat....

T.T seriously. SERIOUSLY. dan aku sangat menyesal tahap gaban dewa dan apa apa sajalah yg semaksud similar dengan perkataan di atas.

sebab apa. sebab aku pernah cakap masa aku tension nak amik spm tu camni

"aaaaarggggghhhh, bila aku nak habis sekolah yang menyeksakan + membosankan + menyedihkan + menyakitkepalakaaaaan niiiiiii "


foineee. menyesal sangat sebab sekarang aku dah rindu

nak pakai baju sekolah aku
nak jadi pengawas walaupun takdela jalankan tanggungjawab sangat pun.. hehe.
nak datang lambat pi sekolah*melambangkan pengawas yg sangat BERDEDIKASI
nak belajar bio *ceh, padahal dulu menyampah GILA kot ngan bio tuuuu--'
nak belajar fizik
nak buat addmath walaupun susah nak mamp weyyy!
nak buat equation kimia yg melambak-lambak macam apa tah tuuu.
nak balik masa yg sakit kepala sebab tak tau nak buat pendahuluan karangan.
nak gaduh ngan classmate sebab tak sama opinion
nak pergi assembly pagi-pagi *walaupun sebenarnya selalu je miss sebab datang lambat.

yeaaaah, NAK PERGI SEKOLAH BALIK !

*lap air mata yg meleleh-leleh.

sungguhla memories kat sekolah tu adalah yg terindah sekali.
tak dapat ku nafi lagi,
tak dapat ku hindar lagi perasaan rindu ini...
oh, andai masa dapat ku putar kembali.......

*asal jiwang pulak ni.

tapi aku rindu sekolah la weyyy. weeyyy.

so to all yg belum habis sekolah tuu, hargailah masa sekolah korang. nanti dah habis sekolah rasa macam nak pinjam doraemon punya mesin pemutar masa and pegi kat masa sekolah tu balik.
hmm, what to say kan....  aku memang dah habis sekolah.
terima je laaah.
walau macam mana pun kita kena teruskan hidup jugak, kan?
jom, teruskan hidup dengan senyuman. ceh tetiba plak.
and kepada budak-budak yg dah habis SPM tu manfaatkan cuti korang ni dengan menda-menda berfaedah. jangan asyik dok mengadap laptop jeeee, *talk to the hand. cakap kat diri sendiri sebenarnya.
hayati surah al asr ni :



kata imam hassan al-bana pulak :





lastly,
selamat tinggal alam persekolahan ! gonna miss you a lot. lot. lot. sebesar lot banglo. eh? haha.

salam alaik :)
MayAllahBless~




Saturday, 5 January 2013

2013 !

Assalamulaikum.

hmm, dah masuk tahun 2013 kan.
praised be to Allah sebab aku masih bernafas :')




macam tak caya jeee==
dulu kalau orang cakap umur 18 tahun tu kan aku rasa macam ehhh, mesti orang tu dah matured gilaaa kan?
and what a surprise to see I'm going to be eighteen. *bakal ya, bakal menjadi 18 pada bulan 5 nanti.*
ahha, perlu ka beritahu? perlu sebab nanti korang ingat aisyah humaira dah tua! :P

baiklah, disebabkan beta tidak mahu mengungkapkan azam beta biarlah kita bercerita tentang :


 yeah, DREAMS :)

semua orang ada dreams kan. when you say "saya nak capai dreams saya one fine day." it might be comes true or maybe tak pun. selama aku hidup ni banyak la jugak dreams aku yang tercapai. I mean setakat ni laaa. but still banyak je yang tak. tapi tak kisah pun. sebab aku rasa banyak yg Allah bagi kat aku tu okay jee because it just suit me well, alhamdulillah. :)

contohnya? hmm, jom kita bukak balik hikayat masa aku sekolah dulu. eceh macam dah bertahun pulak aku tinggal sekolah ehhhh-_- macam ni, masa aku darjah enam tu kan even la aku ni telah ditargetkan untuk mendapat 5A, *konon budak pandaila ni. konon jeee.* tapi pada exam UPSR yg sebenar-benarnya aku dapat 2A jeeee. macam tak caya kan? bayangkan, aku ingat 5 tapi dapat 2 je. kalau 3 takpela jugak sebab 3 tu jamak dalam bahasa arab.. eh.yeke? entahla. tapi sebab tu laa aku sedih tahap gabannnnn :(

tahu, aku punyalaa sedihhhh sampai lepas dapat result tu aku terus balik rumah tanpa bagitahu result aku kat kawan-kawan. huhu. tapi bila dah beberapa tahun lepas tu macam dah cure la and aku dah berazam untuk balas dendam time aku PMR. balas dendam? waaahhh, over kan ayat aku. yeah, memang aku terover sedih and sakit hati. sebab masa tu aku dapat rasa kesedihan yg melampau-lampau. kawan-kawan mak aku semua kutuk kata "ehhh, anak awak dapat 2A jee, ingat pandai." ok, mungkin dorang tak cakap direct sangat mcm tu tapi maksud dia masih sama kannn? time tu aku macam nak balas jee, "makcik, saya taula anak-anak makcik bombastic tahap tak ingat tapi takyahla nak menunjuk sangat...." tapi tak keluar pun. aku sabar jela sebab who cares kalau aku menjawab masa tu.. aku biar je makcik- makcik kee nenek-nenek ke nak mengutuk, sukahati hampalaaaaa. asai aku bahagia.

dan setelah aku dapat result PMR, alhamdulillah terbukti sudah kesungguhan aku. berkat doa mak ayah aku, adik-beradik aku yg tak pernah lupa nak bagi aku support plus bimbingan guru-guru and rakan-rakan aku dapat 8A1B. alhamdulillah :) tapi bukan straight A's laaaaa. cuma aku dah berjaya tutup mulut orang yg dok mengata aku selama ni.... hehe. tapi, eh, banyaknyaaa Tapi nii--

bukan tu yg aku nak. aku cuma nak buktikan yg aku boleh berjaya macam org lain jugak. aku bukan la orang yg suka nak berlagak ngan orang. result tu Allah yg bagi. kalau aku usha bagai nak rak pun kalau Allah taknak bagi, tak dapat jugak, kannn? so, thank you Allah. masa tu baru aku nampak, agaknya kalau aku dapat 5A agaknya aku ingat diri aku ni dah pandai so tak payah usha sungguh-sungguh nanti dapatla result best jugak. then bila dah betul2 aku dapat result teruk. mesti lagi tak best kan kalau mcm tu. and daripada situ la aku percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya <3

subhanallah, Allah is the best planner in our life. :')
pernah dengar ayat ni :

" Barangkali kamu tidak menyukai sesuatu,
padahal Allah menjadikan padanya
kebaikan yang banyak."

( An-nisa : 19 )

aku suka ayat ni sebab dia macam pujuk aku time aku sedih :)
again syukranlillah, thank you Allah :')

okay now, let me tell you my dreams :

dreams aku untuk setakat ni adalah...




nak dapat sraight A's SPM. Ameeeen :')
doakan aku ehhhh :)

hope korang semua dapat achieve dreams korang tahun niii :)



learn to  chase it okay!^^



see all of you later.

salam alaik. :)
MayAllahBless~